Produk Hot : Tepak Sirih Tembaga

Tepak Sireh Tembaga

Tepak sireh ini diperbuat daripada tembaga tulen. Set terdiri daripada bekas tembaga, kacip pinang dan bekas-bekas untuk kapur, ...

Tuesday, February 18, 2014

Bimbang Tembaga Terengganu Pupus

Post balik dari berita 6 Feb 2011.

Baru berborak dengan kawan pagi tadi, terdapat kebimbangan bahawa kraf tembaga Terengganu makin pupus disebabkan kawasan kraf di Kampung Ladang Terengganu telah diambil alih pihak negeri untuk dibangunkan. Sayangla kalau itu terjadi...

 KUALA TERENGGANU - Kini hanya terdapat sekitar 32 pengusaha kraftangan tembaga di Terengganu yang kebanyakkannya bertumpu di Kampung Ladang di sini di mana penyertaan dari kalangan generasi muda di dalam perusahaan ini tidaklah memberangsangkan.


view counter
 "Sekarang cuma ada antara empat hingga lima orang muda sahaja yang berminat meneruskan industri warisan ini manakala yang lainnya adalah pengusaha yang sudah berumur," kata Pengarah Perbadanan Kraftangan Malaysia Negeri Terengganu, Zahir Ahmad.

Sehubungan itu Kraftangan sedang berusaha untuk memberi sinar kepada perusahaan turun temurun ini agar terus hidup dan kekal di masa depan.

Antara usaha tersebut ialah dengan menyediakan kursus dan latihan jangka pendek kepada generasi baru selain menyediakan prasarana seperti bengkel, mesin dan bahan mentah kepada pengusaha industri warisan ini.

"Konsep latihan jangka pendek yang kita adakan bukan sahaja hanya melatih peserta tetapi juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti inkubator sehinga mereka boleh berdikari.

"Kita akan bimbing mereka bagaimana cara untuk mendapat tempahan di mana bahagian rekaan, penyelidikan dan pembangunan Kraftangan akan membantu mereka," kata Zahir di sini Isnin.

Beliau berkata untuk mengekalkan perusahaan kraf tembaga terus bernafas di Terengganu, pihaknya akan turut membekalkan bahan mentah melalui perjanjian dengan Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan tembaga daripada kelongsong peluru.

Harga bahan mentah tembaga di pasaran adalah terlalu tinggi iaitu antara RM15 hingga RM18 sekilogram manakala melalui Kementerian Pertahanan yang dibekalkan menerusi sebuah syarikat, ia hanya dijual dengan harga RM6 sekilogram, jelasnya.

"Kita juga berharap Kementerian Pertahanan dapat menyambung kontrak kepada syarikat berkenaan bagi membekalkan kelongsong peluru untuk dipasarkan kepada pengusaha kraf tembaga di Terengganu," kata Zahir.

Sunday, January 19, 2014

Susunan Isi Tepak Sireh

Entri ni just for fun ya.. mungkin ada yang berpegang dengan adat lebih sket tapi sekadar patut okla... jangan la serius sangat ya...

Kita mulakan ya.. susunan barangan tepak sireh ni ada susunan nya... ada 7 yang wajib seperti buah pinang, kapur, gambir, tembakau, cengkih, daun sireh dan kacip.


 
 
Daun sireh hendaklah yang cantik daunnya serta disusun kemas tanpa menampakkan tangkainya. Bunga-bunga segar dan berbau harum juga boleh diselitkan. Ada juga adat yang meletakkan beras serta duit saku bernilai antara RM10 - RM 50 dibawah tepak tersebut.

Maksud bahan-bahan dalam tepak juga mempunyai maksud tersendiri:-


  • Sirih – Diertikan sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain.
  • Kapur – Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan marah.
  • Gambir – sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati.
  • Pinang – Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur.
  • Tembakau – Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal.

  • Simple & Sweet

     
     

    Foto Ehsan: Abe Google

    Pak Wan suka jek tengok design ni.. simple n sweet jek.. kapur, gambir, pinang diletakkan dalam bekas-bekas mereka tu... sireh disusun rapi... rama2 hitam penyeri hinggap ke baby breath warna pink tu. Comeyy..

    Mak Wan pun suka jugaaa.. :)