Produk Hot : Tepak Sirih Tembaga

Tepak Sireh Tembaga

Tepak sireh ini diperbuat daripada tembaga tulen. Set terdiri daripada bekas tembaga, kacip pinang dan bekas-bekas untuk kapur, ...

Tuesday, February 18, 2014

Bimbang Tembaga Terengganu Pupus

Post balik dari berita 6 Feb 2011.

Baru berborak dengan kawan pagi tadi, terdapat kebimbangan bahawa kraf tembaga Terengganu makin pupus disebabkan kawasan kraf di Kampung Ladang Terengganu telah diambil alih pihak negeri untuk dibangunkan. Sayangla kalau itu terjadi...

 KUALA TERENGGANU - Kini hanya terdapat sekitar 32 pengusaha kraftangan tembaga di Terengganu yang kebanyakkannya bertumpu di Kampung Ladang di sini di mana penyertaan dari kalangan generasi muda di dalam perusahaan ini tidaklah memberangsangkan.


view counter
 "Sekarang cuma ada antara empat hingga lima orang muda sahaja yang berminat meneruskan industri warisan ini manakala yang lainnya adalah pengusaha yang sudah berumur," kata Pengarah Perbadanan Kraftangan Malaysia Negeri Terengganu, Zahir Ahmad.

Sehubungan itu Kraftangan sedang berusaha untuk memberi sinar kepada perusahaan turun temurun ini agar terus hidup dan kekal di masa depan.

Antara usaha tersebut ialah dengan menyediakan kursus dan latihan jangka pendek kepada generasi baru selain menyediakan prasarana seperti bengkel, mesin dan bahan mentah kepada pengusaha industri warisan ini.

"Konsep latihan jangka pendek yang kita adakan bukan sahaja hanya melatih peserta tetapi juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti inkubator sehinga mereka boleh berdikari.

"Kita akan bimbing mereka bagaimana cara untuk mendapat tempahan di mana bahagian rekaan, penyelidikan dan pembangunan Kraftangan akan membantu mereka," kata Zahir di sini Isnin.

Beliau berkata untuk mengekalkan perusahaan kraf tembaga terus bernafas di Terengganu, pihaknya akan turut membekalkan bahan mentah melalui perjanjian dengan Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan tembaga daripada kelongsong peluru.

Harga bahan mentah tembaga di pasaran adalah terlalu tinggi iaitu antara RM15 hingga RM18 sekilogram manakala melalui Kementerian Pertahanan yang dibekalkan menerusi sebuah syarikat, ia hanya dijual dengan harga RM6 sekilogram, jelasnya.

"Kita juga berharap Kementerian Pertahanan dapat menyambung kontrak kepada syarikat berkenaan bagi membekalkan kelongsong peluru untuk dipasarkan kepada pengusaha kraf tembaga di Terengganu," kata Zahir.

Sunday, January 19, 2014

Susunan Isi Tepak Sireh

Entri ni just for fun ya.. mungkin ada yang berpegang dengan adat lebih sket tapi sekadar patut okla... jangan la serius sangat ya...

Kita mulakan ya.. susunan barangan tepak sireh ni ada susunan nya... ada 7 yang wajib seperti buah pinang, kapur, gambir, tembakau, cengkih, daun sireh dan kacip.


 
 
Daun sireh hendaklah yang cantik daunnya serta disusun kemas tanpa menampakkan tangkainya. Bunga-bunga segar dan berbau harum juga boleh diselitkan. Ada juga adat yang meletakkan beras serta duit saku bernilai antara RM10 - RM 50 dibawah tepak tersebut.

Maksud bahan-bahan dalam tepak juga mempunyai maksud tersendiri:-


  • Sirih – Diertikan sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain.
  • Kapur – Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan marah.
  • Gambir – sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati.
  • Pinang – Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur.
  • Tembakau – Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal.

  • Simple & Sweet

     
     

    Foto Ehsan: Abe Google

    Pak Wan suka jek tengok design ni.. simple n sweet jek.. kapur, gambir, pinang diletakkan dalam bekas-bekas mereka tu... sireh disusun rapi... rama2 hitam penyeri hinggap ke baby breath warna pink tu. Comeyy..

    Mak Wan pun suka jugaaa.. :)

    Tepak Sireh Pembuka Kata

    Oleh Hidayah Mohammad

    SENI WARISAN: Tepak sirih moden pelbagai jenis material dan bentuk serta warna.

    MASYARAKAT Melayu memang terkenal dengan sifat sopan santun dan berbudi bahasa. Malah, kaya juga dengan adat istiadat budaya dalam menjalani kehidupan seharian. Adat lebih diutamakan, bak kata pepatah ‘biar mati anak jangan mati adat’, lebih-lebih lagi ketika mengadakan majlis meminang, bertunang dan pernikahan.

    Bagi mendahului upacara merisik, tunang dan nikah, masyarakat Melayu menggunakan tepak sirih sebagai pembuka kata. Tidak kurang juga, tepak sirih dikategorikan sebagai ‘kepala’ atau ibu kepada barang hantaran untuk majlis pertunangan dan pernikahan yang lain.

    Pembuka bicara

    BERSUA kembali dalam ruangan Direnjis-renjis dengan wajah baru Ratu. Kali ini, saya diberi peluang mengendalikan ruangan ini yang memaparkan mengenai alam perkahwinan bermula dari awal hingga akhir.

    Secara keseluruhan, Direnjis-renjis membantu bakal pengantin dalam mempelajari dan mempersiapkan diri baik dari segi kelengkapan perkahwinan, hantaran, pelamin mahupun bilik tidur yang disediakan di galeri perkahwinan yang ditawarkan.

    Kali ini, saya dahulukan dengan penggunaan tepak sirih yang tidak lengkap tanpanya pada majlis perkahwinan.


     
    MEWAH: Tepak sirih dua tingkat berkerawang emas dihiasi dengan bunga hirisan pinang dan kapur.
    Juruandam veteran, Rohani Shahabudin, berkata sebelum meneruskan majlis pertunangan dan pernikahan, terlebih dulu tepak sirih dibawa ke rumah mempelai perempuan untuk tujuan meminang. Penuh dengan santun dan budi bahasa, tepak sirih lengkap dengan isi dibalut dalam kain songket sebelum diserahkan kepada keluarga perempuan.

    “Keluarga perempuan yang menerima pinangan itu akan membuka balutan songket dan mula memakan daun sirih bersama pinang, gambir, tembakau, cengkih dan kapur yang diisi di dalam cembul tepak sirih. Bagaimanapun, tepak sirih turut berfungsi memutuskan hubungan antara pasangan yang sudah bertunang sekiranya wanita tunang orang itu melakukan perkara tidak baik.

    “Caranya, keluarga lelaki menghantar tepak sirih yang lengkap isinya dan diterbalikkan dalam kain selain songket. Maka, apabila dibuka pihak keluarga perempuan sudah mengetahui apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

    Mengikut sejarah, pada zaman awal Kesultanan Melayu Perak, ada dua buah tepak sirih yang diperbuat dari emas diberi nama Puan Bujur dan Puan Naga Taru. Alat berkenaan dijadikan sebagai alat kebesaran diraja atau regalia dan masih tersimpan sebagai khazanah berharga istana Sultan Perak hingga kini. Ada juga beberapa bentuk tepak sirih dan masyarakat Melayu menamakan tepak sirih berbentuk bujur sebagai puan dan bentuk empat segi bujur sebagai tepak.

    Rohani yang berkecimpung dalam dunia andaman sejak lebih 30 tahun lalu berkata, di dalam tepak sirih terdapat enam cembul yang digunakan untuk menyimpan ramuan sirih seperti pinang, gambir, tembakau, cengkih dan kapur. Paling utama ialah daun sirih. Susunannya perlu betul bagi menunjukkan tertib ketika mengapur sirih.

    “Dalam tepak, sirih dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya serta disusun dalam satu baris. Sirih wajib dilipat supaya mengelak daripada terlihat ekor sirih itu dan juga mengelak tanggapan sebagai kurang sopan dan tidak menghormati tetamu.

    “Tepak sirih yang lengkap diserikan dengan hiasan bunga segar dan dibungkus dengan kain songket. Tepak sirih seperti itu pula dinamakan tepak sirih adat,” katanya.

    Beliau berkata, hantaran tepak sirih bukan sekadar memenuhi adat, tetapi ia adalah makanan berkhasiat untuk badan. Selain dikatakan wajib bagi pihak lelaki menghantar tepak sirih bersama hantaran lain untuk majlis pertunangan dan pernikahan, wanita juga perlu membalasnya dengan tepak sirih pada dua majlis itu. Cuma bezanya, pihak perempuan tidak memberi bingkisan tepak sirih ketika menerima pinangan daripada pihak lelaki.

    Amalan memberi dan menerima tepak sirih masih dijalankan ketika majlis pertunangan dan pernikahan. Namun, kini, masyarakat bagaikan alpa dengan adat menghantar tepak sirih ketika merisik dan hanya menyerahkan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda.

    Bagaimanapun, tepak sirih yang menjadi barang kebanggaan masyarakat Melayu dan tidak akan lapuk dek zaman.

    INFO

    Sejarah tepak:

  • Alat kebesaran dan tanda kebudayaan Raja-Raja dan masyarakat Melayu turun temurun.
  • Diletakkannya di dalam sebuah pahar beralas kain baldu kuning Raja.
  • Komponan tepak sirih:
  • Bekas sirih – saiznya hampir serupa dan berbentuk pipih, lebar pada bahagian mulut (8 sm) dan menguncup pada bahagian bawah (6 sm) dan tinggi (10 sm). Ada berbentuk segi lapan atau segi enam.
  • Cembul – komponen di dalam tepak sirih terdiri daripada lima ramuan untuk pinang, kapur, gambir, tembakau dan bunga cengkih.
  • Kacip – berfungsi untuk membelah buah pinang yang keras.
  • Gobek – berperanan seperti antan dan lesung untuk melumatkan sirih. Nenek tua yang sudah tidak mempunyai gigi akan berdamping rapat dengan gobek bagi membolehkannya menghilangkan ketagihan makan sirih.
  • Celepa – untuk mengisi tembakau atau piak sirih. Sesuai digunakan untuk seseorang itu merantau jauh.
  • Ketur – dikenali sebagai tempat berludah dan menjaga kebersihan.

  • Makna tersirat:
  • Sirih – Diertikan sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain.
  • Kapur – Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan marah.
  • Gambir – sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati.
  • Pinang – Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur.
  • Tembakau – Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal.

  • Majlis Berinai Fauziah Ghous

    Sama comey sama lawa hubby n wife nih. Semoga berbahagia ke anak cucu.

    Post ni lebih nak tengok kegunaan tepak inai dan renjis semasa majlis berlangsung, senang buat contoh ya...
    Penggunaan tepak tembaga bagi menginaikan jari pengantin.

    Comey pengantin perempuan direnjis renjis.

    Renjis renjis dipilisss.. suami pun hemsom.

    Saturday, January 11, 2014

    Kaftan Borong

    Khas untuk sesiapa yang berminat untuk membeli kaftan dengan harga borong.. mungkin untuk dihadiahkan kepada saudara mara ataupun sebagai sedekah kenduri kendara ataupun untuk dijual semula.. peluang terbaik untuk anda semua...

    Kaftan Borong (corak dan warna campur-campur)...

    RM 24 x 20 pasang = RM 480.00
    Penghantaran Poslaju / Daftar / Skynet = RM 40.00
    Jumlah RM 520.00 sahaja.

    Untuk penempahan, sila emel: anizayazid@gmail.com atau sms: 0139511981
    Pembelian adalah melalui akaun Maybank: Aniza Yazid : 163055028593
    * sila sms setelah bank in serta menulis nama di bahagian detail borang transfer Maybank 2u.
    * sila emel alamat untuk penghantar setelah pembayaran dibuat.
     
    Berminat untuk barangan borong muslimah? Jom jengah kedai borong saya pulakk... www.kedaiborongmuslim.blogspot.com. Selamat memborong :)